Pensijilan

Polisi Syarikat

PKNP Agrotech Berhad komited penuh dalam menerapkan piawaian tertinggi bagi kelestarian alam sekitar, jaminan keselamatan, kebajikan modal insan, serta pematuhan kawal selia yang ketat dalam setiap rantaian operasi agrobisnes kami.

1. Polisi Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO)

Sebagai organisasi yang bertanggungjawab, PKNP Agrotech Berhad melaksanakan prinsip Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) secara menyeluruh. Kami memastikan pengurusan rantaian bekalan minyak sawit dilaksanakan secara mampan, beretika, dan mematuhi undang-undang persekitaran serta sosial demi memacu industri hijau negara ke peringkat global.

Polisi MSPO Bahagian 1 Polisi MSPO Bahagian 2

2. Polisi Alam Sekitar

Kami bertekad meminimumkan impak ekologi melalui amalan pertanian lestari dan pemuliharaan alam sekitar yang proaktif. PKNP Agrotech Berhad komited dalam pengurusan sisa buangan yang cekap, perlindungan biodiversiti setempat, serta pengurangan jejak karbon bagi memastikan kelestarian alam terus terpelihara demi generasi masa hadapan.

Polisi Alam Sekitar

3. Polisi Hak Asasi Manusia dan Sosial

Menghormati hak asasi manusia adalah teras terpenting dalam budaya kerja kami. Kami menolak sebarang bentuk diskriminasi, buruh paksa, dan eksploitasi dalam perniagaan. PKNP Agrotech Berhad komited memastikan persekitaran kerja yang adil, inklusif, kebajikan pekerja yang terjaga sepenuhnya, serta memelihara hubungan harmoni bersama komuniti setempat.

Polisi Hak Asasi Manusia dan Sosial

4. Polisi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP)

Keselamatan warga kerja adalah keutamaan mutlak syarikat. Kami komited sepenuhnya dalam menyediakan persekitaran kerja yang selamat, sihat, dan kondusif bagi mengurangkan risiko kemalangan. Budaya kerja selamat diterapkan secara proaktif melalui latihan latihan berterusan serta pematuhan penuh terhadap Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

Polisi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan