Aktiviti Utama Syarikat

AKTIVITI PERNIAGAAN UTAMA (2023-2027)

PKNP Agro-Tech Sdn Bhd – Menerajui Perladangan Kelapa Sawit Secara Profesional

PKNP Agro-Tech Sdn Bhd komited dalam mengembangkan sektor perladangan kelapa sawit dan meneroka peluang baharu yang boleh menyumbang kepada pertumbuhan syarikat serta pembangunan ekonomi negeri Pahang.

Bagi tempoh 2023-2027, kami memberi fokus kepada aktiviti utama yang akan meningkatkan produktiviti, kecekapan operasi, dan keuntungan syarikat.

PENGURUSAN LADANG KELAPA SAWIT
  • Mengurus ladang sedia ada secara komersial dengan amalan perladangan terbaik (GAP).
  • Memastikan hasil per hektar yang optimum melalui penggunaan teknologi moden dan penyelidikan agronomi.
  • Memaksimumkan kadar perahan minyak sawit (OER) untuk meningkatkan nilai jualan.
PEMBANGUNAN TANAH & PENGURUSAN LADANG
  • Membangunkan kawasan Hulu Tembeling, Jerantut sebagai ladang baharu syarikat.
  • Menjalankan kajian kebolehlaksanaan tanah untuk mengenal pasti kawasan berpotensi tinggi.
  • Meneroka kaedah perladangan moden seperti penggunaan drone & teknologi pintar untuk meningkatkan kecekapan.
INOVASI & DIVERSIFIKASI PRODUK
  • Meneroka potensi tanaman baharu seperti Durian Musang King untuk mempelbagaikan sumber pendapatan.
  • Melaksanakan program penternakan integrasi lembu bagi meningkatkan efisiensi penggunaan tanah ladang.
  • Menjalankan penyelidikan dalam produk hiliran sawit untuk meningkatkan nilai tambah hasil perladangan.
TANGGUNGJAWAB SOSIAL & KELANGSUNGAN (ESG)
  • Mewujudkan program pembangunan sosial melalui kerjasama dengan Yayasan Setia Agrotech.
  • Menggalakkan amalan lestari untuk memastikan operasi ladang tidak memberi kesan negatif kepada alam sekitar.
  • Menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan & latihan kepada komuniti setempat.

Bagaimana kami bantu anda ?

Ketahui bagaimana kami mengaplikasikan perladangan lestari!

Strategi Pelaksanaan Aktiviti Perniagaan

Pembangunan Ladang Baharu

Memastikan setiap hektar tanah diurus secara optimum dengan pendekatan teknologi tinggi.

Peningkatan Hasil & Produktiviti

Menggunakan sistem pemantauan digital dan automasi bagi meningkatkan hasil perladangan.

Pembangunan Modal Insan

Menyediakan latihan profesional kepada pekerja untuk menguasai teknik agronomi moden.

Pengukuhan Kewangan

Menjalankan perancangan kewangan yang berkesan untuk memastikan keuntungan syarikat dapat dimaksimumkan.