SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE-69
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia. Tanggal 31 Ogos merupakan detik bersejarah bagi kita menghayati erti kebebasan, kedaulatan, dan perpaduan yang telah dibina sejak sekian lama.
Bertemakan “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”, marilah kita bersama-sama memperkukuh nilai kebersamaan, memelihara keharmonian kaum, dan menyemarakkan lagi semangat patriotisme dalam mendepani cabaran ekonomi global. Kemerdekaan yang dikecapi adalah amanah yang menuntut komitmen kita semua untuk terus memacu kemajuan dan kestabilan demi masa depan negara yang lebih gemilang.
Ikhlas daripada,
Seluruh Warga Kerja PKNP Agro-Tech Sdn Bhd

Sejarah Penubuhan
PKNP Agro-Tech Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat perladangan yang ditubuhkan pada 19 Oktober 1992 dengan nama asal Wangsa Kencana Sdn Bhd. Pada 26 Ogos 2010, kami menukar nama kepada PKNP Agro-Tech Sdn Bhd dan mula mengurus ladang kelapa sawit secara komersial sejak 1 Januari 2010.
Sebagai anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP), kami komited dalam mengembangkan sektor perladangan negeri dengan pendekatan lestari, berteknologi, dan inovatif.
