Galeri 2024

Rangkuman aktiviti sepanjang tahun 2024

18 November 2024
Mesyuarat Pra-Bajet 2025 telah diadakan di Grand Swiss BellHotel, Melaka. Mesyuarat ini telah disertai oleh Penasihat Ladang, Kakitangan Ibu Pejabat, Pengurus Ladang dan Penolong Pengurus Ladang.
26 November 2024
Pihak Syarikat telah membuat Program Ziarah dan Penyerahan Bantuan kepada kakitangan ladang kerana telah ditimpa musibah kesihatan.
Program Ziarah tersebut telah diwakili oleh Pengurus Besar, Pengurus-Pengurus Ladang, Eksekutif Kanan Pentadbiran dan beberapa kakitangan ibupejabat.
5 Disember 2024
Pihak syarikat telah membuat satu pertemuan dengan Pihak Kutipan Zakat Pahang bagi membuat pembayaran zakat perniagaan. Bayaran tersebut telah dilakukan oleh Encik Rahmat bin Hussin selaku Pengurus Besar PKNP Agro-Tech Sdn Bhd.
9 Disember 2024
Pihak Syarikat telah membuat Program Ziarah dan Penyerahan Sumbangan kepada balu Allayarham Encik Khaidir bin Mohd Nor di kediaman arwah di Kubang Buaya. Sumbangan disampaikan oleh Encik Rahmat bin Hussin selaku Pengurus Besar PKNP Agro-Tech Sdn Bh. Eksekutif Kanan Pentadbiran dan Eksekutif Rendah CSR turut bersama menghadiri program tersebut.
Beliau telah menghembuskan nafas pada 2 Disember 2024. Semoga Allah merahmati rohnya, mengampuni segala dosanya dan menempatkan arwah di kalangan orang yang beriman.