Galeri 2026

Rangkuman aktiviti sepanjang tahun 2026

02 Januari 2025
PKNP Agro-Tech Sdn Bhd telah membuat penyerahan kerusi roda kepada Kelab Ikatan Makmur Paya Besar. Encik Rahmat bin Hussin selaku Pengurus Besar PKNP Agro-Tech Sdn Bhd telah menyerahkan kerusi roda tersebut kepada Encik Mustaqim selaku wakil dari Ikatan Makmur Paya Besar.
11hb Ogos 2025 – 13hb Ogos 2025 
Pada 11hb Ogos sehingga 13hb Ogos 2025 telah berlangsung satu Bengkel Modul Aktiviti IPAMIS Estate bersama LKPP Corporation Sendirian Berhad. Seramai 17 orang kakitangan terlibat yang terdiri daripada 7 kakitangan ibu pejabat, 6 kakitangan ladang dan 4 orang tenaga pengajar dari LKPP Corporation Sendirian Berhad. Bengkel tersebut telah di adakan di Dewan Seminar EDC, Kompleks Teruntum Kuantan.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada tenaga pekerja dari unit Teknologi Maklumat & Automasi (LKPP Corporation Sendirian Berhad) iaitu Puan Hashimah binti Samion, Puan Zaiton binti Awang, Encik Syariza Jusri bin Zulkifli, Encik Nor Hisyamudin bin Mustafa dan Encik Muhamad Shahir bin Ismail (Unit Operasi & Pengurusan Perladangan) di atas ilmu dan tunjuk ajar diberikan sepanjang bengkel dijalankan.
28 Ogos 2025 & 29 Ogos 2025
Pada 28 dan 29 Ogos 2025, telah diadakan satu lawatan kerja ke Ladang PKNP Mukim Hulu Tembeling, Jerantut Pahang. Lawatan ini disertai oleh 17 orang kakitangan PKNP Agro-Tech Sdn Bhd termasuk Pengurus Besar (Encik Rahmat bin Hussin), Pengurus-Pengurus Ladang, kakitangan ibu pejabat serta kakitangan dari Ladang Ganchong dan Ladang Sebayan.
Antara program yang dijalankan ialah lawatan ke beberapa tempat di dalam ladang antaranya tapak nurseri, melihat kawasan cadangan bagi kompleks perumahan pekerja, menanam beberapa pokok buah-buahan dan tinjauan ke kawasan-kawasan yang telah dibangunkan semula.
Pengurus Ladang PKNP Mukim Hulu Tembeling turut membentangkan beberapa kemajuan yang berlaku di ladang dan berharap sokongan yang penuh daripada semua kakitangan bagi memajukan ladang ini.
11 Oktober 2025
Pada 11 Oktober 2025 telah berlangsung satu Kejohanan Boling Tertutup dan Sesi Makan Tengahari kakitangan PKNP Agro-Tech Sdn. Bhd. beserta ahli keluarga.
Kejohanan Boling tersebut telah diadakan di Premium Lane Pekan dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada kakitangan dan ahli keluarga.
AnCasa Royal Hotel, Pekan telah menjadi tempat pilihan bagi Sesi Makan Tengahari tersebut. Pada sesi tersebut juga telah diadakan penyampaian hadiah bagi Kejohanan Boling Tertutup serta saguhati bagi kanak-kanak.
Diharapkan dengan aktiviti yang dianjurkan oleh syarikat ini dapat mengeratkan lagi ukhuwah silaturrahim antara kakitangan dan juga ahli keluarga.
13 November 2025 & 14 November 2025
Pada 13 dan 14 November 2025 telah berlangsung satu Mesyuarat Pra Bajet 2026 di Hard Rock Hotel Desaru Coast yang melibatkan Pengurusan Atasan, Pengurusan Ladang dan sebahagian kakitangan Ibu Pejabat.
Mesyuarat ini juga turut disertai oleh Tuan Haji Abdullah bin Busu Hanifah iaitu Ahli Lembaga Pengarah PKNP Agro-Tech Sdn Bhd dan Penasihat Ladang.
19 November 2025
Pada 19 November 2025 telah diadakan satu Kejohanan Golf Sempena 15 Tahun PKNP Agro-Tech Sdn. Bhd. di Palm Garden Golf Club. Kejohanan Golf ini melibatkan 45 orang peserta yang terdiri daripada Ahli Lembaga Pengarah PKNP Agro-Tech Sdn Bhd, Pengurusan Syarikat, Jemputan-Jemputan VIP, Pihak Bank dan Rakan-Rakan Niaga yang terlibat dalam pembangunan PKNP Agro-Tech Sdn. Bhd.
Diharapkan PKNP Agro-Tech akan terus maju dan lebih Berjaya di masa hadapan.
23 Disember 2025
Telah berlangsung satu Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Badan Korporat & Majlis Menandatangani Memorandum Kerjasama (MoU) Rakan strategik oleh Pusat Kutipan Zakat Pahang yang bertempat di Mana-Mana Kafe & Event Hall, Kuantan. Penyerahan zakat ni telah disempurnakan oleh Encik Mohd Hazmi bin Hasan selaku wakil Pengurusan Tertinggi PKNP Agro-Tech Sdn. Bhd. yang berjumlah RM251,794.52.
Semoga dengan pembayaran zakat ini akan membawa kepada keberkatan dalam pendapatan syarikat. Ini dapat direnungi dari sebuah hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Saidina Abu Bakar As-Siddiq yang bermaksud “Ini adalah ketentuan sedekah yang telah difardhukan oleh Allah SWT ke atas orang muslim”.