Galeri 2026

Rangkuman aktiviti sepanjang tahun 2026

15 & 16 JUN 2026

Pada 15 dan 16 Jun 2026, satu program Team Building telah diadakan di Anjung Janda, Janda Baik, Pahang. Program ini melibatkan seramai 29 orang peserta terdiri daipada kakitangan ibu pejabat dan kakitangan dari ladang-ladang PKNP Agro-Tech Sdn Bhd. Turut hadir di program ini ialah Pengurus Besar iaitu Encik Rahmat bin Hussin.

Semoga hasil daripada program ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara kakitangan, semangat kerjasama yang semakin meningkat dan dapat memupuk kepercayaan sesama kakitangan.

12 MEI 2026

Pada 12 Mei 2026, PKNP Agro-Tech Sdn Bhd diwakili oleh Pengurus Besar, Encik Rahmat bin Hussin telah menyampaikan sumbangan papan Karom sebanyak 3 unit kepada Pasukan Karom Gemaputera PKNP.

Diharapkan dengan sumbangan ini dapat membantu pasukan Karom PKNP menjalani latihan intensif bagi memperoleh kemenangan di Kejohanan Gemaputera akan datang.

27 April 2026
Pada 27 April 2026, satu lawatan kerja telah diadakan ke Ladang PKNP Mukim Sebayan, Rompin. Lawatan ini diketuai oleh Pengurus Besar, Encik Rahmat bin Hussin, dan diiringi oleh Pengurus Ladang PKNP Mukim Sebayan, Encik Mohd Khairi bin Abdul Aziz. Turut serta dalam lawatan ini ialah kakitangan-kakitangan ladang lain serta kakitangan ibu pejabat.
Lawatan ini bertujuan bagi meninjau kawasan yang terjejas akibat kebakaran yang berlaku baru-baru ini.
Program kemudiannya diteruskan dengan solat hajat yang berlangsung di rumah tamu Ladang PKNP Mukim Sebayan, Rompin bagi memohon kepada Allah S.W.T agar diturunkan hujan, memandangkan keadaan cuaca yang terlalu panas dan kering sehingga menyebabkan berlakunya kebakaran di kawasan ladang.
08 April 2026
Penyerahan sumbangan kerusi dan meja banquet kepada Sekolah Kebangsaan Nenasi. Kerusi dan meja ini akan digunakan bagi pelajar-pelajar Orang Asli, Kelas Kafa dan seminar-seminar yang akan dijalankan di Sekolah Kebangsaan Nenasi.
Sedikit selingan wajah-wajah ceria pelajar-pelajar Orang Asli Sekolah Kebangsaan Nenasi yang akan menggunakan sumbangan dari Syarikat PKNP Agro-Tech Sdn Bhd.
11 Februari 2026
Pada 11 Februari 2026, pihak syarikat telah menerima satu kunjungan hormat dari Sime Darby Industrial Sdn Bhd. Encik Rahmat bin Hussin selaku Pengurus Besar PKNP Agro-Tech Sdn. Bhd mewakili syarikat dalam sesi kunjungan hormat tersebut. Diharapkan lebih banyak kerjasama antara dua pihak di masa akan datang hasil daripada kunjungan hormat ini.
09 Februari 2026
Pada 9 Februari 2026 telah didakan satu sesi pembentangan berkaitan Agronomi dari pihak LKPP Corporation Sendirian Berhad. Pembentangan ini telah dihadiri oleh Pengurus Besar PKNP Agro-Tech Sdn. Bhd iaitu Encik Rahmat bin Hussin serta Pengurus-Pengurus Ladang PKNP Agro-Tech Sdn. Bhd.